Saturday, April 26, 2008

Isu Babi Di Sepang

Di dalam keadaan yang tersepit dan juga bagi tujuan memburukkan Kerajaan Pakatan di Selangor, pengumuman oleh Tan Seri Khalid untuk melaksanakan Modern Pig Farming di
Sepang, Selangor telah digunakan secara maksima yang mungkin. Dibuat tuduhan bahawa Tan Seri Khalid tidak sensitif ke atas umat Melayu yang beragama Islam. Pada hal apa
yang hendak dilakukan ialah melakukan kawalan yang berkesan ke atas ternakan babi supaya nasib yang buruk seperti berlaku di Bukit Pelanduk di Negeri Sembilan dan Kuala
Linggi di Melaka tidak akan berulang lagi.

Keadaan yang jijik dan meloyakan sepertimana ditayangkan di RTM dan TV3, jika terus dibiarkan tentunya akan membawa padah yang buruk ke Selangor dan Malaysia. Apakah
penduduk di Sepang tidak mahu perubahan untuk mengawal keadaan ternakan babi berterusan di dalam keadaan yang ada sekarang. Tidak mahukah mereka ternakan babi di
kawasan mereka itu dikawal dan supaya tidak dilakukan sewenang-wenangnya di merata tempat-tempat.

Malahan projek ternakan babi di Sepang bukannya berlaku sebaik saja kerajaan Selangor bertukar tangan ke tangan Pakatan Rakyat. Ia adalah suatu peninggalan yang jijik lagi
menjijikan oleh Kerajaan Barisan Nasional dibawah Mohd Toyo dan mereka yang sebelumnya. Susah sangatkah untuk memahaminya. Yang anihnya lawatan ke beberapa buah
negara khususnya ke negeri Jerman telah dilakukan dan hasil lawatan tersebut, persetujuan telah diambil untuk mengenalkan Modern Pig Farming di Sepang. Sepatutnya tidaklah
menjadi salah apa yang kerajaan baru Selangor di bawah Tan Seri Khalid hendak lakukan.

Sayangnya isu ini telah diexplotasikan oleh UMNO dengan membuat tuduhan liar ke atas Tan Seri Khalid. Daripada kata-kata Menteri Penerangan yang baru, isu ternakan babi ini
diharap akan mengoncangkan keyakinan parti PAS yang akan membawa perpecahan di dalam Pakatan Rakyat, dan jika ini terjadi Kerajaan Pakatan Negeri di sekurang-kurang dua
negeri - Selangor dan Perak akan tumbang, dan memberikan harapan besar untuk BN/UMNO berkuasa semula di negeri-negeri tersebut. Adakah ini akan berlaku berdasarkan
perkembangan terkini. Belum ada lagi pemimpin PAS yang melatak menyuarakan pandangan yang sumbang yang boleh menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Sebagai pengajaran kepada penduduk di Sepang, sewajarnya keadaan ternakan babi di kawasan tersebut dibiarkan berterusan seperti sediakala, dan biarkanlah mereka berhadapan dengan masalah-masalah yang telah sekian lama mereka hadapi. Tanggohkan apa juga tindakan yang hendak diambil khususnya berhubung dengan rancangan ternakan babi secara Modern Pig Farming. Biarkan keadaan kotor di kawasan tersebut bertambah buruk lagi. Biarkan pencemaran busuk dan pantai Bagan Lallang dicemari oleh najis babi.

Jangan laksanakan projek Modern Pig Farming pada tahun ini atau pun pada tahun hadapan. Tunggu sehingga penduduk Sepang tidak tahan lagi, dan akhirnya menghantar rombongan untuk bertemu dengan Tan Seri Khalid, dan memohon projek ternakan babi secara Modern Pig Farming disegerakan. Sudah jelas penduduk Sepang tidak lansung menghargai niat baik Tan Seri Khalid yang cuba menyelesaian masalah ternakan babi di kawasan tersebut untuk kepentingan mereka sendiri.

Jangan terperanjat Modern Pig Farming akan dilaksanakan di negeri-negeri yang diperintah oleh BN/UMNO seumpamanya di Melaka dan Negeri Sembilan. Sudah menjadi lumrah
sesuatu yang baru walau pun nyatakan membawa kebaikan ditentang habis-habisan tanpa alasan yang kokuh.

2 comments:

Anonymous said...

Cucu Adam,

Another Anwar Ass Licker.. Isn't it good that you don't even need to be worry whether cucu adam is a guy or girl as both can be used by saudara Anwar. Love to see his ass licker..wow, what a wondeful feeling.

Cucu Adam said...

Anwar belum pun didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah, dan saudara telah pun menjatuhkan hukuman ke atasnya. Kerana BN/UMNO membuat tuduhan bagitu sdra pun turut ikut sama.

Apa kata kalau sdra dilemparkan tuduhan sedemikan. Wajarkah sdra dijatuhkan hukuman.